have faith in ALLAH

Archive for the ‘umum’ Category

fen0mena fb..berjayakah musuh2 Islam..?

*ilustrasi semata

Segala puji ku panjatkan buat Allah.Selawat dan salam buat Rasulullah yg mulia.

Facebook…

Saat ini fikiran saya amat bercelaru. Hati tersangat resah. Jiwa gundah…

Masakan tidak. Saya baru saja ”log out” dari akaun fb saya, selepas selesai ziarah fb sahabat2.

Kecewa. Sedih. Bingung. Bermacam perasaan saya rasakan.

Saya agak terkilan dengan sesetengah akhawat yg dengan sengaja meletakkan gambar mereka yg tidak menutup aurat untuk tatapan umum. Hanya doa tulus agar Allah membuka hati mereka untuk hidayah dan taufiqNya mampu saya panjatkan.

Di bawah gambar-gambar yang mempamerkan aksi mereka yang pelbagai itu, berderet pula komen-komen yang hampir keseluruhannya dari lelaki, memuji-muji kecantikan si perempuan.

Wahai perempuan, saya mohon..peliharalah dirimu dengan hijab.

Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda dlm hadisnya yg mulia :

“Malu & iman adalah teman seiring sejalan. Jika salah satu diangkat, nescaya terangkat pula yg  satu lagi.”


 

Wahai saudari seakidahku, muslimah yg kakinya berpijak di bumi Allah. Janganlah sesekali kalian dedahkan auratmu. Walau seurat rambut, walau sejengkal lengan. Pertahankanlah kehormatan kalian dengan segenap kekuatan.

Firman Allah dlm kitabnya yang suci ;

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” ~an-nuur,31~

Firman Allah lagi dlm surah al-ahzab, ayat ke-59 ;

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Wahai akhawat, muslimah yg taat pd perintah Tuhannya..saif minta, jangan lah sesekali kalian remehkan soal batas pergaulan (ikhtilat). Khususnya percampuran antara lelaki & perempuan. Kalian lah yg bakal melahirkan tentera2 Allah, ulama’ pewaris nabi juga khalifah penjaga ad-deen. Sesungguhnya mulia kalian bukan terletak pd rupa paras, bukan juga pd harta yg melimpah, jauh sekali pd suara kalian yg lunak merdu. Demi Allah, MULIA kalian hanyalah pd nilai Islam yg kalian amalkan. Tinggi kedudukan kalian juga hasil pembelaan Islam. Tolong jangan lupa diri wahai saudariku hawa’.

Firman Allah dlm surah al-isra’,ayat 32 :

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”

Dlm ayat di atas Allah telah melarang dari MENGHAMPIRI zina. Jika hukum menghampiri zina sahaja sudah haram, maka perbuatan zina itu terlebih besar dosanya dari mendekati zina.

Ibn Ruslan pernah bermadah (tentang perbuatan2 yg menghampiri zina) dlm syairnya yg terkenal,

” (bermula dgn) pandangan, kemudian senyuman, kemudian memberi salam, kemudian berjanji (utk berjumpa) , kemudian berjumpa.”

Kesimpulannya, perbuatan2 dlm syair di atas adalah HARAM hukumnya KECUALI dlm keadaan2 yg diharuskan syarak bg menjaga maslahah ummah yg lain.

Contoh : 1- pandangan : diharuskan utk tujuan perubatan, pembelajaran, bertunang dan berjual beli selagi aman dari fitnah.

Rujukan : (1) http://www.al-bakriah.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=9:hukum-memandang-perempuan&catid=9:soal-jawab-agama&Itemid=25

(2) http://akhisalman.blogspot.com/2009/08/memandang-wanita-yang-hendak-dilamar.html

2- Senyum

Rujukan : http://shafiramuhamadnoh.blogspot.com/2010/06/hukum-senyum-dalam-islam.html

3- Memberi & Menjawab Salam

Rujukan : http://akhisalman.blogspot.com/2007/12/perkara-yg-tidak-sunat-memberi-salam.html

4 & 5 – Bertemu janji @dating

Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Rujukan : http://wana93.wordpress.com/2009/10/31/batas-pergaulan-antara-lelaki-dan-perempuan-dalam-islam/

HUKUM FB…??

Rujukan : http://www.zaharuddin.net/content/view/901/72/

ADAB Ber’FB’..

Rujukan : http://www.zaharuddin.net/content/view/901/72/ :

·           Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latarbelakang pengasas dan syarikat facebook, mereka dinasihatkan untuk TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna facebook agar sentiasa berhati-hati, namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram secara umum.

 

·          Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan untuk :-

a-      Memanupulasi akaun facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Justeru, ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b-      Limitasikan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c- Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi ( khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had limitasi, tanpa kawalan ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat. Di samping ia akan kekal di facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook.

d- Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatandan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e- Tidak terlibat dengan permainan-permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islamseperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar ‘main-main’ atau tidak.

f- Tidak mempercayai aplikasi tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma facebook. Sama ada atas dasar ‘main-main’ atau tidak.

g- Menyedari bahawa maklumat kita di facebook boleh menjadi database pihak asing untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana facebook. Hatta parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu update sebagaimana facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan.

Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna dan membuka akaun facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Malah jikalau terdapat unsur syubhat sekalipun, ia telah diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui facebook itu.

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net



Kepada saudariku, para akhawat yang mencintai Allah dan rasul-Nya,,

saya minta maaf andai artikel ini menimbulkan rasa tidak senang kalian. Saya tidak berniat sama sekali untuk merendahkan kedudukan kaum hawa’ yg sangat saya hargai,

Firman Allah dlm surah at-teen, ayat 4-6 :

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah,Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.”

Mungkin ada yg terasa hati dgn post saya kali ini, saya minta maaf. Namun bak kata seorang ustadz di sekolah saya dahulu, teguran/nasihat yg baik itu adalah yg memberi kesan di hati. Jika tidak, seolah-olahnya seorang da’ie itu tidak memberi nasihat.

“Jangan takut menyampaikan kebenaran. Apabila ramai yg datang untuk belajar denganmu & mereka suka kepadamu,ketahuilah ketika itu kamu sebenarnya tidak menyampaikan kebenaran, sebaliknya kamu menyampaikan apa yg disukai orang ramai. Sedangkan Allah berfirman kebanyakan manusia tidak suka kepada kebenaran dan apabila hanya sedikit yang datang kepadamu jangan kamu berputus asa kerana kebenaran disenangi sedikit orang… ” (dipetik dari ” Travelog Seorang Da’i ”, karya Us. Abdul Rahman Mohamed )

Walaubagaimanapun saya cuba sedaya upaya untuk mempraktikkan sunnatullah dlm dakwah saya.

Kepada akhawat muslimat semua, sayangilah diri kalian. Saya akan sentiasa mendoakan supaya Allah menguatkan pendirian & hati kalian dlm memelihara ‘aurah & maruah sebagai seorang muslimah sejati. Mudah-mudahan para tentera dan ‘ulamak yg bakal kalian lahirkan adalah generasi yg menjunjung perlembagaan al-Quran serta bertaqwa kpd Allah.


~yg teramat menghargai umat nabi Muhammad saw. ,

sofiyyukum : kalian saudaraku ~

Advertisements