have faith in ALLAH

Archive for October, 2010

Imtihan

Examination_by_ThePhantasmicDead

Bersempena musim exam yang bakal menjelma tidak lama lagi, suka saya coret sedikit tulisan buat tatapan pembaca, khususnya adik-adik junior saya.

KHILAAFU UMMATI RAHMAH

Setiap perkara atas dunia ni, ada sahaja pro dan kontranya. Setiap orang ada pendapat dan pandangan masing-masing. Kebiasaannya, cara pandang seseorang tentang sesuatu isu, perkara malah aktiviti dengan seseorang yang lain berbeza. Kerana sememangnya Allah mencipta kita tidak serupa. Sedar ataupun tidak, perbezaan kita sebenarnya membuatkan hidup kita lebih berwarna, indah dan membawa kebaikan pada kehidupan kita. Dan saya sendiri -insyaAllah- merupakan antara mereka yang cuba bersifat sederhana dalam mendepani perbezaan pendapat, meraikan kepelbagaian. Saya juga suka mengajak para pembaca supaya lebih terbuka dan rasional dalam menghadapi perbezaan.

LALI DAH….

 

Raikan kepelbagaian~ pic. : internal discussion by minotauro9

 

Dalam membincangkan topik exam ini, saya teringat beberapa komentar sahabat-sahabat tentangnya semasa saya masih menuntut di bangku sekolah dulu. Antara yang masih segar dalam ingatan saya sehingga kini ialah ;

-Exam dah dekat, baik kita tumpukan pada strategi untuk dapatkan yang terbaik dalam peperiksaan ni.

+Kenapa pulak…..??? Exam-exam ni dunia je. Kita ni nak ke akhirat, cuba sedar sikit. Mana kau campak sikap zuhud kau pada dunia ni? Kau kata nak jadi hamba rabbani..!!

-Aku rasa tak mampu la nak skor exam kali ni. Urusan badan dakwah banyak lagi yang belum settle. Tanggungjawab aku, takkan nak lepas tangan macam tu aje. Terpaksa la aku terima takdir seadanya.

+Tak nak aku belajar rajin-rajin, buat apa dapat keputusan elok-elok. Mak ayah aku bukan peduli pun. Kerja bergaduh je siang malam. Selama ni aku tertekan dengan diaorang, sekarang rasakan pulak! Tunggu je la result exam aku nanti, aku nak biar berderet je ‘E’.

PELAJAR YANG CELARU.. AKIBATNYA?

Pada sahabat yang pertama, suka saya ingatkan, biarlah kita belajar kerana mengharapkan redha Allah. Dan saya sangat setuju dengan dia. Untuk meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan, seorang pelajar harus bijak menyusun strategi dan hikmah dalam setiap tindakan ; bermula dari meluruskan niat, mengurus masa, menjaga pemakanan rohani dan fizikal, sehinggalah kepada menjaga hubungan dengan semua pihak yang bersangkut sekitar hidupnya agar berhasil mendapatkan keberkatan, sepertimana cekapnya seorang panglima tentera mengenal musuh untuk menaklukinya, mengatur secanggih-canggih strategi bagi meminimakan tenaga dan masa dalam misi memburu kejayaan yang dicita dan menjaga hubungan dengan pencipta.

Kalam sahabat yang kedua, komen yang mencetuskan kontroversi serta nampak logik andai dinilai tanpa ilmu dan kefahaman tentang konsep ajaran Islam. Hmmm…macam mana ya… First point yang dilontarkan, peperiksaan ini sebahagian dari dunia. Betul, dan kita acapkali mendengar mutiara hikmah orang bijakpandai ;

“ Dunia merupakan ladang (tempat untuk bercucuk tanam) akhirat (tempat menuai hasil).”

Allah juga berfirman  dalam surah :

“ Dan carilah pada kurniaan Allah padamu dari akhirat (pahala dan syurga) dan jangan kau lupa nasib bahagianmu dari dunia. Dan janganlah melakukan kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerosakan.  ”

Zuhud..?? Kerana zuhud lah kita perlu kepada dunia, sekadar yang perlu untuk membawa kita menuju redha Allah dengan segala cara yang mampu, termasuklah mengangkat nama Islam sehingga masyarakat terkesan dengan kehebatan Islam. Kalau peperiksaan pun tak nak ambil, siapa pula yang akan menonjol apabila keputusan diumumkan? Berfikir panjanglah wahai sahabat. Kerana mahu menjadi hambaNya yang rabbani jugalah kita perlu menjaga tingkahlaku agar tidak mendatangkan fitnah kepada Islam. Kerana sifat seorang hamba rabbani itu, dia bertindak tidak kerana menurut nafsunya,tetapi dia merujuk terlebih dahulu pada ajaran Islam. Apa pun saya husnuz zhan dengan sahabat tadi, mungkin dia celaru dan tidak bermaksud untuk menimbulkan suasana tidak elok di sekolah.

~ KITA MUSLIM. MAKA KITA MERUPAKAN DUTA ISLAM YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMPROMOSIKAN KEINDAHAN ISLAM PADA MASYARAKAT SEJAGAT ~

Seterusnya, sebagai respon kepada sahabat ketiga, kokurikulum, persatuan dan tugasan sebagai seorang pimpinan sekolah. Sangat biasa saya dengari, sesetengah pelajar yang saya katakana celaru ini tadi gemar menjadikan aktif bepersatuan dan tugasan sebagai pimpinan pelajar sebagai alasan kepada keputusan peperiksaan yang tak seberapa. Sedangkan kita perlu faham, sebagai pelajar, tugasan menuntut ilmu itu memang perkara utama dan pertama, tetapi sebagai hamba Allah yang ditaklifkan sebagai khalifah, yang meyakini keesaan Allah, sewajarnya seorang pelajar itu tidak menganggap persatuan dan tanggungjawab sebagai seorang pengawas, AJK badan dakwah dan sebagainya sebagai perkara yang boleh diketepikan. Ingat sahabat-sahabat semua, BELAJAR MERUPAKAN PERKARA PERTAMA YANG MENJADI KEUTAMAAN, TETAPI PERSATUAN (BADAN DISIPLIN / DAKWAH) BUKAN YANG KEDUA. Ramai pelajar ‘muda’ yang terlupa, antara faktor kecemerlangan seseorang adalah kerana membantu saudaranya, tidak semata-mata tertumpu pada menelaah kitab, melazimi latih tubi dan mengulangkaji pelajaran. Ingatlah sabda Rasulullah, antara isinya berbunyi :

“.. dan  sesungguhnya Allah sentiasa akan membantu hambaNya selagi mana hambaNya itu membantu saudaranya..”

-Ishhh….tolong orang,harap balasan……nampak macam tak ikhlas la pulak!

Kaji semula sejarah yang dirakam dalam al-hadis, kisah tiga orang pemuda yang terperangkap dalam sebuah gua yang jalan keluarnya telah dihadang oleh batu yang besar. Setelah mencuba pelbagai cara, batu tersebut tetap tidak dapat dialih. Lalu ketiga-tiga mereka sepakat menyebut amal soleh yang pernah dilakukan dengan ikhlas dan  mengharap redha Allah. Dan dihujung kalam mereka, mereka melafaz doa yang berbunyi :

“Ya Allah, sekiranya amal tersebut kulakukan semata-mata kerana mengharap redhaMu, maka kau bantulah kami.”

Sehingga akhirnya Allah berkenan memberikan pertolongnNya kepada mereka.

Dari kisah ini boleh kita simpulkan bahawa Islam mengizinkan umatnya bertawassul/bertabaruk dengan amalan soleh yang dilakukan. Justeru, tidak salah jika ada pelajar yang berdoa :

“Ya Allah, dengan kerja dakwah ku ini, dengan aku membantu guru-guruku, dengan aku berusaha menyebarkan kefahaman tentang Islam ini, andai ia kulakukan keranaMu, maka bantulah aku, kurniakan ilham agar aku dapat menjawab peperiksaan dengan baik, lapangkan dadaku agar aku mampu untuk tenang, dan kasihi lah aku, agar aku beroleh kejayaan dalam peperiksaan ini.”

-Terima takdir seadanya..?

Hmm….

Dalam ilmu kalam, dijelaskan bahawa takdir itu terbahagi kepada dua, takdir yang telah ditetapkan dan takdir mu’allaq (takdir yang bergantung pada usaha seseorang). Dari sini lah timbul konsep “Takdir itu berada dihujung usaha.”

Jadi saya mengharapkan andai masih ada pelajar yang celaru, da’ie yang keliru, renung-renungkan. Cuba analisis sesuatu data dengan hati, jangan menilai semata-mata dengan apa yang zahir, dengan mata kasar. Amati sebaiknya. Ringkasnya, berfikirlah di luar kotak!

~ SESUATU YANG KECIL JANGAN DIREMEHKAN, PERKARA YANG BESAR JANGAN DIANGGAP SEGALA-GALANYA.~

Belajar memang penting, tetapi ia bukanlah segala-galanya.

Banyak lagi faktor lain yang mempengaruhi kejayaan seseorang.

Membantu orang walau dengan sekadar melemparkan senyuman ikhlas bukanlah perkara besar, tetapi boleh jadi amal yang kita perkecilkan itu menjadi sebab untuk Allah memberi kejayaan kepada kita.

Siapa tahu??

Dan last but not least, kepada sahabat keempat.

Ramai-ramai sahabat, saya paling kasihan dengan yang keempat ini.

Dia mangsa keadaan.

Hmm….hanya boleh cakap, kuatkan semangat. Jelaskan matlamat. Ibu bapa bukan lah matlamat kita sebenarnya. Ketepikan dahulu masalah dengan mereka. Allah matlamat kita, segala yang kita buat hanya untuknya. Semoga Allah beri kekuatan, semoga Allah tunjukkan juga hikmah yang Dia mahu kita pelajari. Hakikatnya, cemerlang atau gagalnya kita, memang ibu bapa turut terkesan, tapi kita lah yang lebih menerima kesannya.

JELASKAN NIAT, SEBAB DAN TUJUAN/MATLAMAT

Nyawa dan kehidupan ini kurniaan Allah. Wajib atas kita mencari redha Allah dalam setiap urusan hidup kita kerana redha Allah adalah segala-galanya. Redha Allah menentukan bahagia dan sengsaranya seorang hamba. Allah memberikan nikmat yang tidak terkira kepada kita, tanpa nikmat dari Allah mustahil kita mengecap segala yang kita senangi, yang kita sayangi dan kita mahukan sepanjang usia kita ini.

Justeru, perbetulkan dan perbaharui niat kita. Hidup ini seluruhnya untuk Allah.

http://www.youtube.com/watch?v=mPWfTKnPg4Y

JANGAN SEPERTI KUCING LIAR


Sahabat-sahabat pembaca tentu sahaja pernah melihat kucing liar. Sifatnya bagaimana?

Hidup tanpa penjagaan, mencari makanan dengan mencuri ikan-ikan dari pasar dan rumah. Tabiat itu memang mengundang kemarahan jua kebencian para peniaga ikan dan suri rumah pada kucing-kucing liar. Kerana apa? Kucing liar ini makan rezeki tanpa redha dan izin pemilik harta tersebut. Marahnya seorang peniaga, kucing yang mencuri hanya seekor ikan, mendapat tendangan sebagai ‘side order’ saya kira,hehe..Bengangnya seorang suri rumah, kucing yang hanya mencuri seketul ayam dihadiahkan air sejuk sebaldi, mungkin pakej, tapi si kucing tak tahu..huhu…-just kidding!-

Nak ceritanya, persamaan dan perbezaan kucing liar dengan kucing yang dipelihara. Saya buat dalam table lah, mudah sikit insyaAllah.

Persamaan : Seekor kucing yang tidak mengancam survival manusia. (^_~)

Contoh perbezaan :

KUCING JINAK (BELA) KUCING LIAR
Pandai bodek tuan,manja Nampak aje dia, aotomatik rasa tak senang
Bila lapar, diberi makan. Kenyang pun kadang-kadang dipaksa makan Kenyang atau lapar, mengharap belas ihsan  manusia pemurah
Bila sakit dibawa jumpa doctor haiwan Sakit matinya tak ramai yang simpati

Persoalannya, mengapa kucing jinak dan kucing liar ini dibeza-bezakan layanannya? Hanya satu FAKTOR UTAMA. Puncanya tak lain tak bukan adalah kerana perbezaan cara kedua-dua kucing tadi mendapatkan makanan. Kucing ‘rumah’ akan memujuk dan bermanja-manja dengan tuannya untuk menarik perhatian dan mendapatkan kasih tuannya. Sedangkan kucing liar lebih suka mencuri sahaja, mengambil sesuatu tanpa redha tuan barang tersebut.

KITA BAGAIMANA?

Apakah kita ini hamba Allah yang mengambil nikmatnya dalam keadaan Allah redha pada kita atau….kita sesuka hati menggunakan nikmat yang Allah kurniakan tanpa redha dari Allah? Jadi, tak kira lah kita ini genius, rajin belajar, smart susun strategi, pandai guna  taktik, namun andai kejayaan itu kita raih tanpa redha al-Khaliq, apa lah harganya. Di manakah manisnya.

~ KEJAYAAN ITU SIA-SIA TANPA REDHA PENCIPTA~

~ STILL INGAT AYAT KAKLONG YANG Saya SENDIRI TAK TAHU DIA PETIK DARI MANA ; KEJAYAAN ITU  MILIK ALLAH. DAN KEJAYAAN YANG HAKIKI ADALAH APABILA KITA MAMPU MENJADI HAMBANYA YANG TUNDUK PATUH PADA SETIAP TITAH YANG MAHA KUASA ~

JARANG KITA PERHATI

Bagi setiap ibadah kita, ada suatu kaedah untuk mengukur (penanda aras) untuk menentukan sama ada ia diterima atau tidak, juga untuk mengenalpasti amal kita itu berada di tangga atau level ke berapa.

Sebagai contoh, ibadah solat yang kita lakukan, boleh kita muhasabah sejauh mana keberkesanannya, setinggi mana peratusan atau gred yang boleh kita beri (sekadar untuk analisis & muhasabah diri sendiri) dengan melihat sekuat mana kita mampu menahan diri dari perkara mungkar dan keji. Firman Allah SWT

“Sesungguhnya solat itu mencegah (pelakunya) dari perkara yang keji dan mungkar”

Ibadah puasa pula boleh kita ukur dengan melihat, apakah kita menjadi hambaNya yang bertaqwa setelah keluar dari bulan tarbiyyah, Ramadan kareem. Sifat orang bertaqwa itu pemaaf,

Firman Allah SWT,

“Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas umat sebelum kamu (dengan itu) mudah-mudahan kamu bertaqwa.”

Begitu juga dengan belajar. Jika diperhatikan, sebenarnya peperiksaan merupakan salah satu kayu pengukur untuk melihat sejauh mana seorang pelajar itu memahami pelajarannya. Setelah berusaha bersungguh-sungguh, selepas menduduki peperiksaan dan apabila keluar keputusan, boleh lah kita nilai sendiri sejauh mana kita faham dan ingat pelajaran kita. Sebagai muhasabahnya (diri sendiri, bukan untuk judge orang lain) kita boleh Tanya pada diri kita, kalau lah yang aku ingat dan faham hanya 50% sahaja dari yang aku belajar, berapa peratus pula yang aku amal dan praktikkan dalam hidup?

~ ILMU ITU BUAHNYA AMAL ~

~ KATA ORANG BIJAK : MANUSIA ITU BINASA KECUALI MEREKA YANG BERILMU, ORANG YANG BERILMU ITU RUGI KECUALI MEREKA YANG BERAMAL (DENGAN ILMUNYA) DAN ORANG YANG BERAMAL ITU CELAKA KECUALI MEREKA YANG IKHLAS (DALAM AMALNYA) ~

TIPS DAN SARANAN

Saat-saat akhir begini, tips yang dapat saya cadangkan pada adik-adik tak banyak. Antaranya,

1-      Perbaharui niat.

2-      Jaga pemakanan fizikal dan rohani. Mudah-mudahan sihat kedua-duanya. Kalau jatuh sakit, bimbang mengganggu pula konsentrasi.  Namun, kalau jatuh sakit juga, optimis lah ye. Bersangka baiklah dengan Allah.

3-      Rangka jadual khusus untuk masa yang berbaki. Susun jadual sehingga sehari dua sebelum exam, kemudian untuk sepanjang peperiksaan rangka jadual lain pula, biar sesuai dengan situasi. Untuk sekarang, utamakan subjek-subjek yang berat atau masih dalam penguasaan, ‘A’ nya cukup-cukup makan. Subjek seperti matematik dan prinsip perakaunan biasakan buat latihan setiap hari.

4-      Jaga hati ibu bapa, guru-guru dan sahabat. Banyakkan sedekah dan tilawatul qur’an. Semoga beroleh ketenangan.

5-      Banyakkan perbincangan dengan kawan-kawan.

6-      Fahami betul-betul konsep tawakkal, kemudian bertawakkal lah kepada Allah. Tawakkal itu kita hadirkan selepas usaha keras. Kemudian, apa pun natijah yang Allah tetapkan, optimis saja.

Andai berjaya dengan cemerlang, syukur pada Allah. Jangan pandang rendah pada mereka yang keputusannya tidak sebaik kita. Mungkin kejayaan kita mengatasi rakan yang lain disebabkan kecuaian mereka dalam menjawab soalan, tidak kerana kita ini lebih pandai daripada dia. Berwaspada juga agar kejayaan itu menjadi satu rahmat dan nikmat dari Allah, bukannya istidraj. Teruskan dengan muhasabah. Jaga hati agar hidup terus dalam redhaNya.

Andai keputusan tidak sebaik yang diharapkan, cepat-cepat lakukan post-mortem. Cari punca agar boleh diberi perhatian pada masa akan datang. Jangan futur, jangan putus asa. Sangka baik lah dengan Allah, Dia sentiasa memberikan apa yang terbaik buat kita, Cuma bergantung juga pada individu yang berhadapan dengan keadaan, bagaimana dia memilih untuk menganalisis setiap perkara yang dihadapinya. Apa pun saya doakan agar kita dapat menilai setiap sesuatu dengan mata hati.

~ LOVE THE QUOTE : JANGAN MINTA PADA ALLAH AGAR DIPERKECILKAN UJIAN, TAPI MOHONLAH SUPAYA DIPERBESARKAN IMAN UNTUK MENGHADAPINYA ~

DOA SAYA IRINGI ANTUM

Kepada adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan, saya mendengar “ Doa itu senjata bagi orang beriman”maka  setiap langkah kalian saya hantarkan doa sebagai pengganti diri, untuk temankan kalian pada saat-saat genting seperti ini.

~ Kita sentiasa berkata, hidup ini untuk mencari redha Allah. Segala yang aku buat aku harap Allah redha. Namun jarang sekali kita perhatikan, APA KITA REDHA DENGAN KETETAPAN YANG ALLAH TAKDIRKAN UNTUK KITA? ~

Sofia said ; Minta maaf atas kelewatan post ini, jadi saya khususkan post kali ini kepada adik-adik SPM dan para pembaca yang mahu mengambil manfaat umumnya. Allah yaftah ‘alaykum!!

Doa & harapan : Ya Allah, Masukkan aku dalam golongan mereka yang Engkau sifatkan dalam Kalam-Mu “ Radhiyallahu ‘anhum wa radhuu ‘anhu ”

Kutu Oh Kutu….!!

KUTU OH KUTU…

Haa….! Dengar je nama makhluk kutu ni, mesti ramai yang akan rasa rimas, khususnya kaum hawa.

Mana tak nya, bahana kutu boleh menyebabkan seseorang tak lena tidur, SERABUUUUT RASA…!

Ghalibnya, orang yang dijangkiti kutu ini akan dijauhi orang, kerana bimbang akan dijangkiti juga.

Jangan main-main dengan kutu!! Makhluknya halus, namun onar yang ditimbulkan cukup untuk buat orang ‘stress’ .

Kerana itu orang bijakpandai berkata ;

“ Sesuatu yang kecil jangan dipandang remeh, yang besar jangan dianggap segala-galanya.”

Logik bukan? Realiti membuktikan. Ragu-ragu? Jom perhati..

Berapa ramai rakyat Malaysia mati kerana dibaham harimau. Berapa ramai pula yang meninggaldunia disebabkan demam denggi dan malaria? Masyarakat kita lebih berwaspada apabila mendengar nama harimau, sedangkan mudarat yang ditimbulkan haiwan sekecil nyamuk lebih BESAR daripada harimau.

ADA APA DENGAN KUTU?

Kutu seperti yang dimaklumi umum, sangat tidak disenangi. Kehadirannya cukup membebankan. Tambahan pula ia boleh berjangkit. Orang yang ‘berkutu’ ini seringkali berasa tidak selesa. Sudahlah kepalanya gatal, nak duduk dekat-dekat, bergaul dengan orang pun serba salah je rasanya. Bayangkan keadaan di mana seorang anak perempuan dijangkiti kutu, kemudian berjangkit kepada si ibu. Kemudian merebak pula kepada si bapa, seterusnya menjangkiti ahli keluarga yang lain. Kerana makhluk kecil ini, haru satu rumah dibuatnya. Mujur pada zaman kini syampu untuk menghilangkan kutu mudah didapati di pasaran. Jika tidak, memang CELARU!

QIAS…

Ya Rabbi…

Kita pada hari ini -alhamdulillah- sangat cakna dengan masalah kutu kepala. Pantang tangan naik atas kepala, emak akan bertanya penuh prihatin;

“Ada kutu ke?? Pergilah syampu kepala tu..”

Ayah juga tak terlepas dari menzahirkan sifat caringnya dengan baik hati mengoffer diri ;

“Ada kutu ye?? Mari ayah tolong botakkan kepala..”

Hehee….sadis bunyinya..Namun itulah antara contoh dialog yang menunjukkan betapa masyarakat hari ini sedar & ambil berat dengan sesuatu yang kecil.

Tapi..

Hmmm..sedarkah kita?? Masalah yang lebih kurang sama sifatnya dengan kutu, TIDAK kita amati dengan saksama.

Jujurnya saya cukup respect lagi puji, masyarakat hari ini yang setiap detik melakukan hijrah kerana Allah, berusaha sedaya upaya membuat penambahbaikan dalam diri dan keluarga, improve amal soleh, tingkatkan kemahiran, yang semuanya dilakukan dengan bersungguh-sungguh semata-mata kerana mencari redhaNya,  semata-mata untuk  Islam.

WHAT’S THE POINT..?

deidara__s thinking face by akatsumitsu

Tapi..

Renungkan sejenak.

Contoh-contoh situasi :

  1. Kita hantar anak-anak kesayangan kita ke tadika Islam, sekolah rendah Islam, sekolah menengah Islam, madrasah, pondok, ma’ahad tahfiz, kolej Islam, universiti Islam….pendek kata,untuk pendidikan anak-anak, semuanya kita usahakan yang islamik. Kepada mereka ini, saya ucapkan TAHNIAH kerana menghargai hidayah Allah. Apa harapan kita?  Semoga anak-anak ini kelak mengamalkan Islam sebagai cara hidup, harapnya anak-anak inilah nantinya yang akan meneruskan misi dakwah tinggalan Rasulullah. Di samping mendidik anak-anak dengan tarbiyah islamiyah, kita perlu turut giat menghadiri kuliyah agama, membudayakan majlis ilmu dan hikmah dan banyakkan membaca bagi membantu kita koreksi diri, muhasabah rutin harian dan mengukur sejauh mana iltizam kita dalam meng’islam’kan aktiviti seharian kita, yang bakal kita praktikkan sepanjang hayat. Jika tidak, mungkin si anak tidak mampu untuk mengamalkan sepenuhnya ilmu yang dipelajari di sekolah. Sebagai contoh, sikap sang bapa yang malas solat berjemaah di musolla/masjid turut mengheret anaknya supaya tidak ke musolla. Sedangkan di sekolah, si anak itu tadi telah ditarbiyah untuk solat berjemaah dan mencintai masjid.
  2. Seorang pelajar sekolah menengah Islam bertekad untuk mendalami Islam dengan azam untuk mengubah gaya hidupnya yang agak sekular dan kebaratan hasil tidak dididik dengan ajaran Islam sejak zaman kanak-kanaknya. Dia menekuni setiap kelas pengajian, tazkirah dan program-program ilmiah bagi merealisasikan hasratnya itu. Berubah sedikit demi sedikit, lama kelamaan dia terpilih menjadi antara orang terpercaya di sekolahnya. Merupakan pelajar yang boleh dicontohi, dikenali kerana tinggi adab, hikmah dalam hampir setiap hal dan cemerlang akademik. Namun adik-adiknya tidak diajak sama menghayati agama, ibu bapanya tidak diseru membumikan al-quran sebagai dustur. Pulang ke rumah, dia tidak lagi menjadi contoh. Sebaliknya keadaan mendesak dia, seorang remaja yang baru cuba memahami wajah Islam tidak dapat mengamalkan Islam secara total di rumah. Dari sudut ibadah mungkin mampu, tapi muamalahnya kurang. Mungkin kerana perbezaan bi’ah di rumah dan sekolah menyebabkan dia tidak mampu istiqamah dengan akhlak islamiyah yang diterapkan ketika berada di sekolah/asrama. Lagi pula dia baru sahaja mendalami Islam dengan berlakulah dakwah tidak hikmah dari seorang anakmuda yang panas darahnya, akibat tertekan dengan persekitaran yang tidak membantu hijrahnya kerana Allah. Seringkali terjadi, kecurangan ibu bapa penyebab kederhakaan anak.
  3. Seorang muslimah, selepas melalui beberapa fasa dalam perjalanan hidupnya, -alhamdulillah- beroleh taufik untuk me’makna’kan hidayah yang telah sekian lama singgah di hati. Melazimi tazkirah dan ceramah di masjid-masjid, menginfakkan sebahagian harta pada jalan Allah, mengasihi anak yatim dan memperbaiki ibadah serta memelihara maruah dirinya. Namun alangkah malangnya apabila si suami tidak menggalakkan si isteri menghadiri kuliyah agama di masjid, menzahirkan rasa tidak senang melihat isteri berpakaian lengkap menutup aurat, malah ada sesetangahnya memarahi isteri yang rajin bersedekah walaupun mampu dari sudut ekonomi. Tentu sahaja keadaan ini mendatangkan akibat buruk.
  4. Seorang lelaki setelah mendirikan rumah tangga, semakin sedar akan tanggungjawab untuk memandu perjalanan keluarganya ke arah yang diredhai Allah. Namun perubahannya tidak disokong isterinya yang masih belum insaf. Malah dipujuk isterinya agar ‘menangguhkan’ misi taubatnya sehingga usia senja. Situasi ini kemungkinan besar boleh menggugat pendirian si suami.

-Iman itu bukanlah (sebenarnya) pada besarnya cita-cita, bukan jua pada hebatnya ucapan.Tetapi terletak pada amalan-

KESIMPULAN

Jika benar kita mengimpikan tertegaknya daulah islamiyah, mulakan dengan mewujudkan baitul muslim dari rumahtangga kita. Untuk ke arah itu, mulakan dengan membentuk fardul muslim dahulu. Berusahalah untuk kita jadi seorang muslim yang islam dahulu. Dengan hati yang ikhlas, kita berubah dan berhijrah kerana Allah, mudah-mudahan Allah gerakkan hati orang-orang kesayangan kita, khususnya ahli bait kita sendiri untuk turut berhijrah. Janganlah kita pula menjadi seperti ORANG YANG MEMBIAKKAN KUTU, KEMUDIAN 1000 KALI TERUK LAGI, KITA MENYEBABKAN ORANG LAIN JUGA BERJANGKIT. Jadi…kalau rasa-rasa kepala dah start gatal,cepat-cepatla syampu yerr..

Kerana kecuaian kecil kita…timbul persoalan di benak…

ZALIM KAH AKU PADA DIRIKU?? ADAKAH PERBUATANKU TURUT MENZALIMI HAMBA ALLAH YANG LAIN???

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”. (Al-Baqarah, 286)

Sofia said : Maaf kalau terkasar bahasa. Semoga Allah mengasihi kita di dunia & menyayangi kita di akhirat.

Aku

 

 

picture by chibi miyabi - the deviant art

 

aku tak minta perhatian,,

kerana aku yakin

Allah sentiasa bersamaku


aku tak harap dikasihi,,

kerana tiap saat rahmatNya menemani


aku bekerja tak mengharap sanjungan

tidak juga puji-pujian

jauh sekali mengharap balasan

kerana hanya kudamba redha Tuhan


aku tak kecil hati

bila diriku di caci

kerana tarbiyyah al-Khaliq penuh variasi


aku tak minta simpati manusia,,

kerana matlamatku bukan mereka


Namun

sekiranya aku beroleh tumpuan,

yang baik ku mohon jadikan tauladan

yang jelik minta perbetulkan


andai memang tiada yang mengasihi,

aku kan terus menyayangi

wajib cintaku untuk umat ini


jika kerjaku mendapat pujian,

moga Allah tetapkan hati ku serendah karang di lautan

agar kusedar,

kaki ku berpijak di bumi Tuhan


kalaupun aku dikeji,

aku yakin pasti ada hikmah yang tersembunyi

malahan ku berjanji pada diri

takkan kupersia petunjuk Ilahi


ukhti

aku bercerita bukan kumahu pengertian

aku berbicara bukan hendakkan belas ihsan


aku meluah rasa sekadar menjawab pertanyaan

pada hujung sebuah penjelasan,

kuakhiri dengan doa

agar kekal persahabatan dalam santun akhlak

agar utuh persaudaraan kita diiringi restuNya


aku rayu

biarkan aku menjadi ”aku”

dengan pendirianku


aku masih terbuka

muhasabah memang perlu,

dengan penuh adab

luahkan dari hati,

agar sampai juga kepada hati..

sampai akhir masa,

sampai bila2..


mengertikah ukhti akan hasratku..?

Demi Zat yang menghidupkan setiap sesuatu,,

aku juga seperti kamu


~sofiyyukum~

26 j’awl 1431 =

11 mei 2010

12.23 tgh hr