have faith in ALLAH

Archive for the ‘memori’ Category

TangGuNgJaWab

”Tanggungjawab…!! Apa yang antum faham tentang tanggungjawab…?!”

Tinggi sahaja suara abang fasilitator itu ketika bertanya. Mungkin dia berhajat untuk mewujudkan suasana serius, begitu sangkaan rata-rata peserta kem qiadi, kem kepimpinan yang dianjurkan oleh sekolah menengah tempat saya menuntut ilmu suatu masa dahulu.

Senyap..tiada jawapan.

MACAM NI KE PEMIMPIN……….??!!!! PENAKUT..!!! PASIF..! TAKKAN RAMAI-RAMAI PELAJAR ”TERPILIH” KAT SINI, TAKDE SORANG PUN YANG BOLEH  JAWAB..?

Tanya abang fasi yang seorang lagi. Aduuush……! Hampir-hampir terhenti jantung. Bagai halilintar, suara itu menerjah gegendang telinga  kami.

“Amanah..!” Jawab seorang sahabat dari peserta.

TAK TEPAT!! Balas abang fasi. Pulaaaaak…. (dalam hati je..hehe )

Selepas beberapa sesi soal jawab antara peserta dan fasilitator dalam suasana yang tak berapa nak harmoni,-biasa la,,kem kepimpinan. Penuh deraan dan kesakitan, =) –

Rumus abang fasi : ” Tanggungjawab itu adalah sesuatu yang antum perlu tanggung di dunia, dan jawab di akhirat..”


Menunaikan tanggungjawab : Perintah dari Allah

Firman Allah dlm surah an-nisaa’ ayat 58 yg bermaksud ,

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.”

Allah memerintahkan kepada hambaNya supaya menunaikan amanah kpd yg berhak menerima. Seorang hamba yang benar2 merasakan dirinya hamba akan terkesan dgn perintah  Allah dlm ayat ini. Segala tanggungjawab akan cuba dilaksanakan sebaik mungkin. Dengan 1 tujuan,,, menggapai keredhaan Allah.


Sifat seorang hamba

susun lapis masyarakat mesopotamia

Jika kita flashback pelajaran Sejarah Ting. 4, ada 1 tajuk yg membincangkan tentang tamadun manusia. Susun lapis masyarakat mesopotamia dsb. Apa yg kita boleh simpulkan, kedudukan seorang hamba itu tersangat hina, terletak di lapisan paling bawah. Dan seorang hamba itu sebenarnya bekerja tanpa mengharapkan balasan dan upah dari majikannya.

Tetapi alangkah beruntungnya kita sebagai seorang hamba Allah. Allah angkat darjat hambaNya yg beriman lagi bertaqwa, Allah balas pula setiap amal kebaikan kita dgn nikmat yg tak terkira banyaknya di dunia ini, ditambah pula dgn pahala dan kehidupan yg kekal abadi di dlm syurgaNya. Jadi sangat tidak patut seorang hamba seperti kita melakukan sesuatu amalan kerana mengharapkan habuan dunia.

Contoh2 tanggungjawab @ amanah :

1. Tanggungjawab terhadap Allah.

2. Tanggungjawab terhadap Rasulullah s.a.w.

3. Tanggungjawab terhadap al-quran kalamullah.

4. Tanggungjawab kepada anak2.

5. Tanggungjawab kepada ibu bapa.

6. Tanggungjawab sebagai pelajar.

7. Tanggungjawab sebagai guru.

Hakikatnya, setiap perintah dan larangan Allah terdapat hikmah yg besar. Apa sekalipun nama yg kita beri kpdnya, (amanah,tanggungjawab,kewajipan,hak ) jika kita mengabaikannya, pasti akan menimbulkan pelbagai masalah. Sudahlah menanggung dosa, masalah pula bertimpa-timpa. Sebagai contoh, pelajar yg mengabaikan tanggungjawabnya kemungkinan besar akan gagal dlm pembelajaran, ibu bapa yg ‘curang’ dlm menunaikan hak2 terhadap anak akan membentuk anak yg tidak terjamin bersih moral dan peribadinya, hamba yg ingkar melaksanakan amanah Allah akan berasa sangat menyesal di akhirat kelak.

10 Wasiat Imam Syafie

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau telah meninggalkan wasiat.  Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia menjaga hak kepada 10 perkara.”

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

selamat menunaikan tanggungjawab..! insyaAllah sukses!!

semoga bermanfaat buat diri dan pembaca semua.