have faith in ALLAH


BILA CINTA, SEMUANYA SANGGUP

Dengan manusia yang kita kagum, sanjung, dan minat sangat mudah untuk kita ikut dia.

Hampir setiap masa, rasa terdorong untuk mencontohi dia.

Bukan sekadar perkara umum, seringkali juga perkara-perkara seperti perkataan yang dia gunakan, waktu dia belajar, bahkan style dia dalam setiap perkara terasa mahu diikut. Pendek kata, serba serbi mahu diikut. Kuatnya pengaruh si dia!

Tanpa perlu ada sesiapa yang menyuruh, tanpa perlu di offer  itu dan ini, hati jadi sangat cenderung untuk bergelar fan dia, secret admire atau pengikut setia.

Ya Allah…..

Tetapi mengapa dengan Rasulullah SAW, berbeza benar keadaannya.

Belum mantapkah cinta kita kepada baginda SAW?

Apakah belum cukup pengorbanan yang baginda nabi SAW lakukan untuk kita?

Hatta sehingga saat kewafatan pun, umatnya lah yang dikenang-kenang, disebut-sebut.

Mengapa tidak mahu mencintai nabi SAW sepenuh hati?

“Engkau bersama orang yang engkau cintai (di akhirat nanti).” <Al-Hadis>

Maha Suci Allah! Tidak cukup hebatkah ganjaran yang dijanjikan hanya dengan mencintai baginda SAW?

Atau….

Mungkinkah cinta kita kepada orang lain melebihi cinta kita kepada Rasulullah SAW?

“Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dicintainya melebihi ibu bapanya, anak-anaknya dan manusia seluruhnya.” [HR Bukhari ]

Kembalilah kepada fitrah.

Sekarang kita sudah di bulan Jamadil Awal.

Sedar tak sedar, sudah lebih tujuh bulan kita meninggalkan Ramadan.

Tinggal tiga bulan lagi sebelum menyambut bulan Ramadan yang mulia, yang dinanti-nati kedatangannya oleh setiap mukmin.

Teringat pesanan syeikh,

“Jadilah kamu hamba rabbaniy, dan janganlah kamu menjadi hamba Ramadan.”

Janganlah tunggu Ramadan, baru nak insaf.

Janganlah tunggu Ramadan, baru nak berjemaah.

Janganlah tunggu bulan-bulan tertentu untuk menzahirkan rasa cinta kepada Allah dan rasulNya.

Kerana mati itu tarikhnya rahsia, tidak diketahui sesiapapun melainkan Allah jua.

Boleh jadi matinya kita bukan di bulan Rabi’ul Awwal, bulan yang disinonimkan dengan selawat.

Boleh jadi matinya kita bukan di bulan Rejab, bulan yang dipopularkan dengan kisah israk mikraj dan bulan ibadah (solat).

Selagi ada masa, selama mana ada nyawa. Teruskan bergerak ke arah kebaikan. Kalau tersungkur di tengah jalan, bangkitlah kembali dengan tenaga yang bersisa. Jangan takut untuk melakukan hijrah.

Yang penting, jangan berhenti !

Merangkaklah andai tidak mampu berjalan.

Teruskan dengan perubahan untuk kebaikan.

Teruskan dan jangan berhenti.

Sementara masih punya dunia, untuk menghimpun bekal ke akhirat!

<Sangat ramai yang boleh mengajak dan diajak untuk bermuhasabah, tetapi alangkah sayang, sangat sedikit daripada mereka yang mampu jujur dengan diri sendiri saat proses muhaasabatun nafs itu>



_muhasabah sama-sama_

sofiyyukum : Sahabat, maafkan andai aku khilaf…

Benarlah kata beberapa penulis yang dikenali,

Dengan menulis, sangat mampu mengurangkan tekanan, meluah rasa,

dengan izin Allah jua.

Leave a comment