have faith in ALLAH


MASALAH BOLEH JADI RINGAN, BOLEH JADI BERAT

Teringat kata-kata seorang murabbi di sekolah dahulu, bagi setiap manusia yang mukallaf itu ada masalahnya sendiri. -sunnatullah-

Tiada istilah “aku tiada masalah” atau “aku seorang aje yang ada masalah”, kerana kita beriman bahawa Allah itu Maha Adil.

Tinggal, ringan beratnya masalah itu dan cara penyelesaian bagaimanakah yang dipilih oleh seseorang individu tersebut.

Cuma kadang-kadang singgah juga di telinga kita ayat seperti ;

“no problem lah kawan!” bila kita meminta sesuatu daripada sahabat kita,

atau ;

“Alhamdulillah, semuanya baik-baik aje..tiada masalah lah..” bila ditanya jika ada apa-apa bantuan yang kita boleh hulurkan.

Tidak kurang, yang sedap didengar apabila kita minta maaf kerana memberi masalah atau menambah kerja seseorang dengan meminta bantuannya ;

“Tiada masalah, tiada yang menyusahkan dalam urusan kebajikan.”

 

Sweet kan….

 

Ayat-ayat seumpama di atas bukan bermakna tiada masalah, tetapi apa jua masyaqqah yang timbul (MUNGKIN pada orang luar yang melihat, si A ni menyusahkan si B kerana minta tolong itu ini) sudah tidak lagi dianggap suatu keberatan kerana hati ketika itu sudah pasrah, redha dan bersedia untuk membantu. Masalah ketika itu tidak lagi dipandang sebagai suatu masalah sebaliknya suatu yang dialu-alukan.

Biasa kita dengar, bukan? Kita ucapkan terima kasih, fasih sahaja sahabat kita balas ;

“My pleasure!” dengan senyuman lagi tu.

Kesimpulannya, masalah itu boleh jadi berat, boleh jadi ia juga ringan.

Bergantung pada cara seseorang itu berfikir.

Mungkin kita boleh kata, “you are what you think”.

MENGHADAPI MASALAH..MENGOLAH ATAU MENYERAH?

Ketika saya berada di tingkatan satu, penyusun kitab matapelajaran tafsir kami meletakkan “Bagaimana Caranya Kamu Berdepan Dengan Saat-saat Sukar” sebagai tajuk pertama untuk ditekuni.

Maka ayat Al-Qur’an yang dipilih ketika itu ialah ayat 153 dan 154 daripada Surah Al-Baqarah :

(Ertinya) “Wahai orang-orang yang beriman, minta lah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat. Sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar.” (Ayat 153)

Dalam ayat di atas Allah memanggil hamba-hambaNya yang beriman, dan menyedarkan mereka bahawa cara meminta pertolongan itu adalah dengan sabar dan mengerjakan solat. Allah sambung pula ayat itu dengan khabar bahawa Allah itu bersama orang-orang yang sabar.

Bercakap tentang sabar, jujurnya ia bukanlah perkara yang muda untuk dilakukan. Namun ia boleh dilatih. Makin lama, insyaAllah kita akan mendapati sabar itu indah dan manis. Apalagi bila kita bersabar demi Dia yang kita cintai.

Sabar itu berat, maka Allah berjanji untuk bersama hambaNya yang bersabar. Agar setiap langkah terasa ringan, setiap dugaan mengundang senyum.

Sungguh aku tidak pernah berjumpa dengan seorang insan yang berjiwa hamba,yang merasa tidak suka ditemani Tuhannya. Bukankah Allah itu Pemilik segala Kekuatan? Bukankah Allah itu Maha Penyayang? Maka apakah yang membuatkan kamu tidak aman ketika ditemani Tuhanmu?

Sifat suatu ujian atau masalah itu menekan, menghimpit, menyesakkan dan sangat berat.

Namun Allah telah berjanji bahawa Dia tidak akan sesekali membebani seseorang itu melainkan hambaNya itu mampu. (berdasarkan firman Allah pada ayat 286 daripada Surah Al-Baqarah)

Kerana sabar itu sukar jugalah Allah berfirman di dalam surah Az-Zumar ayat 10 :

“…Sesungguhnya, hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.

Maka apabila kamu tertekan, jangan lah melarikan diri daripada masalah.

Ingat, berani itu antara sifat mahmudah yang Islam ajar. Sedangkan penakut itu sifat mazmumah yang harus kita kikis dengan sedaya upaya kita.

“Suatu ketetapan itu biasanya akan kita temui pada jalan kita cuba mengelaknya.”

Kata-kata yang pernah menjadi dialog dalam cerita KungFu Panda.

Saya juga teringat tentang kisah pemuda di zaman nabi Sulaiman a.s yang bertemu ajalnya pada jalan dia mengelaknya.

Juga terkenang kalam penuh madah yang disandarkan kepada Saiyidina Ali KRW ;

“Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas dirimu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa.

Itulah takdir.

Masalah itu berbeza sedikit. Masalah, boleh kita anggap sebagai warna-warna  kehidupan. Masalah boleh diproses hingga selesai, dengan izin Allah SWT.

Jika kita berdiri dan menghadapinya dengan tenang, dengan kaedah yang Islam ajar, pengalaman dan kematangan kita akan bertambah. Jika kita melarikan diri, percayalah, sesungguhnya kita akan temui juga masalah itu di mana-mana.

Kecuali lah kita ini antara dua ;

Yang pertama ialah mereka yang mendepani masalah mereka dengan senyuman sambil berbisik, “hey fulan, tfaddhali enjoy your problem!” atau boleh juga dengan berkata ; “Wahai diriku, bersabarlah. Sesungguhnya setelah gelita itu akan hadir cahaya.” Tidak kisahlah sama ada orang awam, ahli sufi mahupun muqarrabin. Kita boleh pilih untuk merasa lapang saat berdepan masalah. Kuasa ditangan kita, (setelah diberikan Allah). Dengan rasa senang tadi, seolah-olah kita tidak menghadapi masalah. Kerana masalah itu tidak memberatkan kita.

Lihat sahaja hitam pekatnya suasana pada waktu tengah malam. Bukankah selepasnya muncul fajar yang bersinar cerah?

Yang kedua, tak syak lagi mereka yang tidak waras. Bagi golongan ini tiada lagi perkara yang menjadi kerisauan pada mereka. ^^,

ANDA TENTUKAN!!



“You can lead a horse to the river but you can’t make him drink.”

Itulah hikmah yang kita pelajari.

Usaha saya hanyalah menulis, harapan saya mahu mempertingkat diri di samping mengajak kawan-kawan yang lain ke arah kebaikan.

Tetapi pilihan tetap di tangan kita.

Saranan saya, apabila berdepan dengan masalah, mintalah pertolongan daripada Yang Menciptakan masalah !

Siapa?

Dialah Allah.

~sofiyyukum~

“Bagi setiap era itu ada pejuangnya,

dan bagi setiap era itu ada masalahnya.”

(kalam murabbi para du’at, Ust. Rahmat Abdullah)

Semoga kita mengambil manfaat daripada ilmunya di dunia dan akhirat, amiin..

Comments on: "MOTIVASI : MASALAH SANA SINI" (2)

  1. madu lebah said:

    rindu untuk jamu hidangan rohani bersama awak,,:)
    allah yardha alaik,,:)

  2. mukmin_qawiyy said:

    rindu jugak T.T

    Allah yaftah ‘alayna ^^,

Leave a comment