have faith in ALLAH


“Katakanlah : sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki dan membatasinya kepada sesiapa yang Dia kehendaki antara hamba-hambaNya. Dan apa sahaja yang kamu infakkan, Allah akan menggantikannya dan Dialah Pemberi rezeki yang terbaik.” [ Surah Saba’ , ayat 39 ]


PUNCA REZEKI

1. Menurut kitab Tafsir An-Nasafi, amalan memperbanyak istighfar merupakan antara penyebab kepada murahnya rezeki.


Firman Allah dalam Al-Qur’an ;

“Maka aku katakan kepada mereka : Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai. [ Surah Nuh, ayat 10-12 ]

2. Selain itu, rahmat Allah juga merupakan kunci terpenting bagi seorang hamba mendapatkan rezeki. Hal ini digambarkan dalam firman Allah yang bermaksud ;

“Dan Allah melebihkan sebahagian kamu dari sebahagian yang lain dalam hal rezeki, …”    [ Surah An-Nahl, ayat 71 ]

3. Dalam sebuah hadis disebutkan bahawa doa juga berperanan besar dalam kehidupan seorang muslim.

“Tidak ada yang dapat menolak takdir (ketentuan) Allah Ta’ala selain doa. Dan tidak ada yang dapat menambah umur seseorang selain (perbuatan) baik.” [ HR tirmidzi 2065 ]

4. Dalam hadis yang lain dijelaskan bahawa menyambung silaturrahim juga akan menjaadi sebab kepada diluaskan rezeki seseorang.

Dari Anas bin Malik r.a berkata ; Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa yang merasa suka agar diluaskan rezeki baginya atau dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim.” [ HR Bukhari ]

5. Berjihad di jalan Allah.

Firman Allah SWT di dalam kitab-Nya yang Mulia ;

“Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak turut berperang) yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk. Kepada masing-masing Allah menjanjikan pahala yang baik dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk (tanpa pergi berperang dengan tiada halangan) dengan pahala yang besar, (iaitu) beberapa darjat daripada-Nya, ampunan serta rahmat. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [ Surah An-Nisa’ ayat 95 & 96 ]

6. Solat sunat dhuha.

Dari  Abu Darda’ r.a , sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya Allah berfirman, “Wahai anak Adam ! Janganlah kamu malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan hari (dhuha) , nescaya Aku akan mencukupkan (semua keperluan) mu hingga akhir hari itu.”                      [ HR Ahmad ]

BILA KURANG FAHAM..

“Cakap tentang amalan-amalan nak bagi murah rezeki ni, perasaan aku biasa-biasa aje. Kurang excitedlah. Kenapa tah. Lagipun dengan harta yang Allah bagi sekarang ni aku dah rasa cukup untuk tampung kos hidup aku.”

“Eh.. rasanya kerap juga aku dengar kau merungut, study kurang faham, zaman sekarang susah nak jumpa pasangan soleh..macam-macam lagi la.”

“So, apa kaitannya? Kau ni pelikla.. Aku duk cakap pasal duit, kau pusing kut lain..”

Dialog yang biasa didengar.

Sedikit perbincangan, kita bukan sekadar berbincang mengenai harta, tetapi rezeki kan?

Kita kena faham. Ilmu yang berkat lagi bermanfaat itu juga adalah rezeki. Pasangan hidup yang soleh solehah juga rezeki. Harta, juga rezeki. Umur yang dihiasi amal ketaatan pun termasuk dalam rezeki. Membaca Al-Qur’an. Ah.. banyak lagi lah.

Kalau tidak, masakan kita diajar membaca doa ;

-Ya Allah, rezekikanlah kami kefahaman para Nabi, hafazan para Rasul dan ilham para malaikat.-

-Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami pasangan dan zuriat yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami sebagai pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.-

-Ya Allah, rezekikan kami membaca Al-Qur’an.-

Logik tidak?

JANGAN SIA-SIAKAN PELUANG

Maka kita semua yang banyak mengadu kepada Allah akan kepayahan hidup sebagai penuntut ilmu, banyak merintih pada-Nya akan kekangan waktu, harus sedar dan ingat.

Kita mahu agar dipermudahkan urusan, maka mintalah dari Yang Mengatur segala urusan dunia akhirat.

Kita mahu agar dimurahkan rezeki.

Kalau belajar, harapnya sekali baca sudah ingat.

Maka mintalah pada Ar-Razzaq, Yang Maha Memberi Rezeki.

Mintalah mengikut cara yang diajar Allah melalui Kitab-Nya dan hadis Rasul-Nya.

Bersama kita perbanyakkan istighfar, memohon doa dengan penuh pengharapan, bergabung dalam barisan yang memperjuangkan Islam dan menghidupkan sunnah baginda nabi SAW.

Mintalah apa sahaja yang baik-baik, kerana DI SISI-NYA TIADA YANG MUSTAHIL

“Katakanlah : sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki dan membatasinya kepada sesiapa yang Dia kehendaki antara hamba-hambaNya. Dan apa sahaja yang kamu infakkan, Allah akan menggantikannya dan Dialah Pemberi rezeki yang terbaik.”                [ Surah Saba’ , ayat 39 ]

p/s : Subhanallah wal hamdulillah wallahu akbar!

Usai menuntut ilmu daripada seorang murabbi bersama teman-teman.

Kagum + semangat !

<motivated >

31032011 ; N9 .

Leave a comment