have faith in ALLAH

Archive for the ‘RiLeX-riLEx’ Category

My Ta’akhi

 

Buatmu ta’akhi ku..

Panas bukan penghalang,

Sejuk bukan pengekang

Soif & syita’ fasa praktikal


 

Segelas ‘aseer di musim panas

Kuhulur buatmu

Sehelai baju panas di tengah malam dingin

Ku sarungkan khusus buatmu

 

Sungguh

Ukhuwwah kita lebih membahagiakan aku

Berbanding dua perkara tadi

 

Cinta ini bukan sekadar madah

Bahkan lebih dari itu,

Aku mencintaimu hanya kerana Dia,

yang menciptakan cinta

Ukhuwwah kita,

Moga kekal hingga ke syurgaNya

  

 

~sofiyyukum~

1150pm 21/12/2010

Cairo > Syukran Sahabat

Syita’ ini

Syita’ ini,

Terkenangkan dia

Dia perit berlapar, ‘aku’ makan seenaknya

Dia membanting tulang, nyaman ‘aku’ berselimut

Dia berjuang, ‘aku’ bersenang-lenang

Dia berperang, ‘aku’ bersantai lapang

 

Andai ada yang bertanya

Siapa dia?

Dan siapa pula ‘aku’?

Jawabnya mudah,

Dia adalah Rasulullah,

Sedangkan ‘aku’ adalah

umatnya yang kian lalai

dari memaknakan erti sebuah perjuangan

 

Ingin aku kembali

Aku mahu menjadi mujahid

Aku mahu seperti zahid

 

Izinkan kususuri jejak anbiya’

Mahu sekali aku menjiwai sirah nabawiyah

Moga bersama di syurga kelak

 

 

~khusus buat teman di perantauan~

Udara kian dingin

saifulmujahid

0615 AM, Cairo

Aku

 

 

picture by chibi miyabi - the deviant art

 

aku tak minta perhatian,,

kerana aku yakin

Allah sentiasa bersamaku


aku tak harap dikasihi,,

kerana tiap saat rahmatNya menemani


aku bekerja tak mengharap sanjungan

tidak juga puji-pujian

jauh sekali mengharap balasan

kerana hanya kudamba redha Tuhan


aku tak kecil hati

bila diriku di caci

kerana tarbiyyah al-Khaliq penuh variasi


aku tak minta simpati manusia,,

kerana matlamatku bukan mereka


Namun

sekiranya aku beroleh tumpuan,

yang baik ku mohon jadikan tauladan

yang jelik minta perbetulkan


andai memang tiada yang mengasihi,

aku kan terus menyayangi

wajib cintaku untuk umat ini


jika kerjaku mendapat pujian,

moga Allah tetapkan hati ku serendah karang di lautan

agar kusedar,

kaki ku berpijak di bumi Tuhan


kalaupun aku dikeji,

aku yakin pasti ada hikmah yang tersembunyi

malahan ku berjanji pada diri

takkan kupersia petunjuk Ilahi


ukhti

aku bercerita bukan kumahu pengertian

aku berbicara bukan hendakkan belas ihsan


aku meluah rasa sekadar menjawab pertanyaan

pada hujung sebuah penjelasan,

kuakhiri dengan doa

agar kekal persahabatan dalam santun akhlak

agar utuh persaudaraan kita diiringi restuNya


aku rayu

biarkan aku menjadi ”aku”

dengan pendirianku


aku masih terbuka

muhasabah memang perlu,

dengan penuh adab

luahkan dari hati,

agar sampai juga kepada hati..

sampai akhir masa,

sampai bila2..


mengertikah ukhti akan hasratku..?

Demi Zat yang menghidupkan setiap sesuatu,,

aku juga seperti kamu


~sofiyyukum~

26 j’awl 1431 =

11 mei 2010

12.23 tgh hr