have faith in ALLAH

saya penulis

BismILLAHIr rahmaanir raheem..

Saya mulakan kalam dengan menyebut nama ALLAH, mudah-mudahan ALLAH memberkati penulisan ini.

Segala puji bagi ALLAH yang telah memberi hidayah & taufik untuk mentaati segala perintah-Nya serta meninggalkan segala larangan-Nya, tiadalah kita beroleh hidayah melainkan dengan pemberian ALLAH jua. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Yang Maha Penyayang,, yang telah mencampakkan rasa cinta kepada hamba-Nya ini kpd-Nya. Alhamdulillah, bagi ALLAH segala puji-pujian seagung wajah-Nya & kebesaran kekuasaanNya yg telah memberi kekuatan untuk hambaNya yg lemah ini tetap merasa cinta untuk berdiri atas jalan dakwah.

Selawat & salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W. yang mulia, yang telah banyak berkorban untuk menyampaikan Islam kpd umatnya.

Sebagai pengenalan, saya merupakan saudara seakidah kalian,seorang Islam yg islam.Sebagai mukallaf, kita wajar melaksanakan tanggungjawab kita sebaik mungkin, dgn menjaga secara bersungguh-sungguh hukum ALLAH, baik dari sudut syariahnya mahu pun sunnahnya dgn harapan kita sebagai seorang da’ie tidak mendatangkan fitnah kpd wajah Islam yg sebenar, yg syumul lagi rabbani.

Saya cuma seorang hamba yg tersangat hina disisi Allah, yg sentiasa berhajat kpd-Nya setiap detik. Lantaran itu saya mengharapkan teguran dari kalian, hamba ALLAH yg saya hormati sekiranya kedapatan sebarang kesalahan dlm penulisan ini. Saya boleh dihubungi di alamat e-mel ini : ilaaifos@hotmail.com

Suka saya ingatkan, penulisan di blog ini sekadar catatan travelog saya sebagai hambaNya, dengan harapan iktibar dari kembara ini dapat disebar dan dijadikan 1 perkongsian. Sebarang teguran dan kritikan dialu-alukan.

Wallahu A’lam..

~hambaNya yg serba kekurangan

saifulmujahid.

Leave a comment